DRAMATIS KUALA LUMPUR

DRAMATIS KUALA LUMPUR
Perjuangan Belum Selesai

Monday, February 14, 2011

TEATER TAKDIR ILLAHI


"Aku dibentuk dalam kehidupan yang aku sendiri tidak tahu asal usulnya"

Pada 12 Februari 2011 yang lalu, bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur, Kelab Teater Rimba ARTISUKMA UKM telah mementaskan sebuah teater yang bertajuk "Takdir Illahi". Sebuah karya dan arahan Mohammad Diani Kasian lebih dikenali sebagai Bung Kancil.

Cerita yang berkisarkan tentang seorang kanak-kanak yang di besarkan dengan serba kekurangan kasih sayang dan mula mengenal erti kepahitan, kekecewaan, dugaan di dalam hidup dan penderitaan. Ain seorang kanak-kanak yang merindukan kasih dari seorang bapa yang tak pernah kunjung tiba. Ifah, ibu tirinya terus berdiri untuk membesarkan Ain anak yang di kasihinya.

"Ain mana ada ayah", itulah yang terucap dari bibir seorang kanak-kanak yang bingung kemana ayahnya pergi. Sahabat-sahabatnya lah merupakan penghibur hati dikala sepi. Mereka bermain bersama, ketawa mesra dan menyanyi. Namun itu semua belum cukup untuk menenangkan minda dan persoalan yang sering bermain di fikiran Ain, iaitu "Mak, Ayah mana Mak ?"...

Sebuah cerita yang penuh dengan konflik. Ternyata persembahan pada malam itu sungguh mengharukan semua penonton yang hadir. Pada malam itu juga, persembahan ini turut di tonton oleh tetamu kehormat iaitu, Senator Tan Sri, Dato' Jins Shamsuddin dan lain-lain.

Apa yang mengangumkan kami ialah sang pelakon yang memegang watak Ain ,iaitu Maizura Osman. Beliau berjaya melakonkan dua perwatakan yang berbeza, sewaktu zaman kanak-kanak dan juga pabila dewasa. Beliau berjaya membawa perwatakan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun. Olah tubuh,mimik muka dan suara terutamanya menyebabkan beliau benar-benar menjadi seorang kanak-kanak.

Begitu juga dengan watak Abang Bad, Ifah dan Ismail. Mereka semua berjaya menghidupkan keseluruhan persembahan. Abang Bad yang di lakonkan oleh Nazrin Saad begitu mencuit hati dengan perwatakan gagapnya. Ifah dengan watak ketegasan dan keibuannya. Ismail pula dengan karisma seorang bapa ,walaupun kemunculannya sedikit. Tidak lupa juga Muhd.Yazid yang memegang watak Sham seorang yang cacat,beliau berjaya membawa watak tersebut meskipun masih ada ruang yang perlu di perbaiki,terutama dari segi emosi. Credit wajar diberikan kepada para pelakon semua.

Dari segi penataan bunyi juga baik. Menggunakan live band yang memainkan alunan muzik asli yang mendayu serta muzik yang rancak mengikut kesesuaian babak merupakan salah satu daya penarik dan penguat teater itu. Begitu juga dengan teknik pencahayaan yang simple sahaja.

Secara keseluruhan, persembahan teater ini sangat menarik dan mengharukan. Kami dapat belajar sedikit sebanyak dari persembahan berkenaan. Kami berharap Kelab Teater Rimba ARTISUKMA UKM terus maju dan berjaya. Pementasan Takdir Illahi ini tetap segar dalam ingatan kami.

"PERJUANGAN BELUM SELESAI"

2 comments:

  1. Salam.

    Saya berterima kasih kerana anda menonton persembahan kami pada malam itu. Ini adalah bermulanya sebuah dunia baru dalam KTR kerana kebanyakan pelakon dan produksi adalah baru dalam dunia teater.

    Terima kasih.

    p/s : watak abang bad dipegang oleh nazrin saad, dan bukannya ahmad zhafir. =)

    ReplyDelete
  2. W'salam.

    Sama-sama. Kami juga masih hijau lagi. Hehe. Teruja dapat menonton pementasan teater yang berkualiti seperti yang dipentaskan oleh KTR. Tahniah !

    Maaf tersilap. Sudah di tukar. Terima kasih juga kerana sudi melawat blog kumpulan kami yang kecil ini. :)

    ReplyDelete