DRAMATIS KUALA LUMPUR

DRAMATIS KUALA LUMPUR
Perjuangan Belum Selesai

Tuesday, May 4, 2010

MONOLOG "DENYUT"

"Gila! Bangsat! Kotor! Jijik! Hina! .... Aku sayang lelaki tua itu... Kerana MATA itu, aku bunuhnya!"

Pada 2 Mei 2010 kami Dramatis Camar Pesona sekali lagi pergi menonton sebuah pementasan teater,tetapi kali ini ia bukanlah sebuah pementasan teater kategori NGO/IPT tetapi ia sebuah pementasan Monolog. Pementasan monolog "Denyut" oleh kumpulan Aura Production KYMI dari Melaka pada malam itu adalah persembahan monolog buat kali pertama di tonton oleh Pelajar-pelajar sesi 2010.

Persembahan monolog itu yang diadakan di Taman Budaya KL itu bersempena Manifestasi Teater Malaysia 2010 merupakan antara persembahan yang menarik bagi kami. Walaupun sambutan penonton kurang menggalakkan tetapi kami tetap memberi sokongan kepada para penggiat teater Malaysia.

Pada awalnya kami agak tertanya-tanya apa maksud di sebalik tajuk "Denyut" dan ayat di bawah tajuk itu iaitu"aku benci matanya..."(di pamplet). Kami hanya mengandaikan ia sebuah metafora ataupun simbolisme kepada sesuatu benda mahupun seseorang.

Selain itu,kami juga tertarik dengan idea kreatif yang mereka tonjolkan seperti bunyi petikan gitar live di tepi sudut pentas. Persembahan malam itu agak sempoi tetapi mempunyai mesej yang mendalam. Monolog yang disampaikan oleh Mohd.Zamri pada malam itu mempunyai caranya yang tersendiri. Zamri juga pandai membezakan perwatakan antara Qabil,Tuan Habil dan Polis.

Perwatakan Qabil yang dibawa oleh Zamri agak jelas. Qabil bagi kami adalah seorang yang SKIZOFRENIA, iaitu penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan yang berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (reality). Apa yang kami nampak ialah Qabil yang dilakonkan oleh Zamri juga menunjukkan dia memang seorang yang sakit mental ialah apabila dia berasa tertekan ataupun sakit serta takut setelah terdengar bunyi denyutan ketika hendak membunuh Tuan Habil. Ia juga merupakan ciri skizofrenia iaitu halusinasi pendengaran. Zamri juga berjaya menonjolkan bahawa Habil seorang yang berfikiran tidak teratur.

Walaupun kadang-kadang ada sedikit keloggaran lakonan namun ia bukanlah ketara kerana selain lakonan penghayatannya yang kuat, Zamri juga di bantu dengan teknik lampu yang amat baik dan kemas. Kami juga teruja dengan penggunaan stroke light dan di iringi bunyi guruh menambahkan lagi mood babak tertentu itu.

(MATA yang banyak menimbulkan persoalan)

(Antara babak menarik Denyut)
Secara ringkasnya, persembahan pada malam itu menarik dan kami juga dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu dari persembahan pada malam itu. Syabas di ucapkan kepada Aura Production KYMI.

(Pelajar-pelajar Dramatis bergambar bersama Zamri)

(Cikgu Rosli Rahman Adam bersama Zamri)

Persembahan monolog "Denyut" ini akan tetap segar dalam ingatan Dramatis. Ini juga merupakan salah satu cara pembelajaran kami iaitu teknik "belajar pandang".

...PERJUANGAN BELUM SELESAI...

3 comments:

  1. Terima Kasih kepada Team Dramatis Camar Pesona atas review ini. Sokongan dari kalian amat kami hargai. Ada banyak bewnda sebenarnya yang kurang dalam produksi kami. BAb lako- masih banyak yang boleh diperbaiki. Dari segi perwatakan dan penyampaian teknikal.

    Apa yg membanggakan kami adalah kami berjaya membawa monolog ini ke KL walaupun banyak cabaran sebelum sampai ke KL. Masalah bejet, masalah support, masalah org tak tau proses. Tp semua itu tak mematahkan semangat.

    Kami lagi berbangga apabila member di KL seperti Dramatis Camar Pesona dan group Mekar Budaya sanggup turun memberi sokongan. Terima kasih kepada kalian sebab menyokong show yang tak seberapa dari kami.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberi sokongan yg padu kepada kami!. terima kasih DRAMATIS!

    ReplyDelete
  3. Malau: Same2. Kami pun teruja dengan persembahan pd malam itu. Kreatif! Kami sentiasa bgi sokongan kpd kumpulan teater lain. Begitu juga grup yg senior dari kami iaitu Mekar Budaya. Persembahan mereka baru2 ini pun kami hadir mmberi sokongan. Sekali lg sye ucapkan Tahniah! =))

    milo: Same-same. Hidup Teater! =))

    ReplyDelete