DRAMATIS KUALA LUMPUR

DRAMATIS KUALA LUMPUR
Perjuangan Belum Selesai

Monday, May 24, 2010

MANIFESTASI TEATER "GEJOLAK"

22 Mei 2010 bersamaan hari Sabtu yang lalu,kami Dramatis Kuala Lumpur telah pergi menonton sebuah pementasan Manifestasi Teater Malaysia 2010 kategori NGO/IPT oleh kumpulan Aura Production KYMi (Kolej Yayasan Melaka) bagi memeriahkan lagi program ini.

Juara Festival Teater Melaka 2009 ini ternyata layak memperoleh gelaran tersebut. Gejolak yang berkisarkan tentang persoalan di mana terletaknya keadilan yang sebenar dan juga pilihan yang bukannya pilihan mereka.

"...pilihan yang tiada pilihan..."
Ini merupakan dialog yang penuh dengan persoalan.

Mereka berjaya membuat Gejolak menjadi sebuah teater yang mempunyai unsur eksperimen seperti penggunaan bingkai yang boleh juga dikatakan sebuah persoalan buat penonton untuk berfikir out of the box apakah sebenarnya bingkai itu. Ia hanyalah sebuah metafora. Idea yang menarik. Selain itu,permulaan babak dengan tarian sangatlah mengujakan.

Set yang digambarkan sebagai sebuah penjara amat baik dan cantik. Penggunaan kelir di bahagian kiri dan kanan pentas merupakan idea yang bagus. Setiap watak akan menunjukkan bayang perwatakan di sebalik kelir itu sebelum muncul di tengah pentas.

Dari segi teknikal pula agak baik dan kemas. Penggunaan teknik pencahayaan mungkin biasa sahaja di bahagian tengah penceritaan dengan menggunakan general lighting dan juga spot apabila si pelakon berada di atas platform kiri dan kanan menceritakan tentang biografi penangkapan mereka. Menarik adalah perkataan yang seharusnya di perkatakan. Kami juga teruja dengan teknik cahaya yang muncul dari dalam kotak platform tengah di akhir cerita. Audio juga baik. Ini kerana background music hanya muncul dibahagian awal dan akhir penceritaan. Bunyi petikan gitar yang diguna sangat baik.

Para pelakon dalam Gejolak pula telah melakukan yang terbaik. Walau bagaimanapun Jay yang dilakonkan oleh Azrul Razilah agak menonjol pada malam itu. Credit harus diberikan kepada beliau. Tetapi kadang-kadang ada dialog yang clash antara dia dan rakan lakonnya yang lain,ini harus diperbaiki. Bukan yang lain tidak bagus,pelakon yang lain juga telah menonjolkan perwatakan masing-masing dengan jelas dan baik. Penyampaian teknikal juga baik.

Sesungguhnya bagi kami Jay,Mas,Les Zar dan Kar El adalah "Jebat" di dalam penjara itu. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan betul tetapi salah disisi undang-undang. Paling mengejutkan ialah,Kar El yang bersalah kerana mencuri telur buat isterinya yang mengidam juga di hukum bunuh. Dimanakah keadilan? Keadaan menjadi semakin rumit bila warden memberi tempoh 15 minit buat mereka berfikir bagaimankah cara mereka hendak mati. Perbalahan tentang cara mereka hendak mati antara mereka menjadi sebuah konflik yang membuatkan penonton tertanya-tanya bagaimanakah mereka akan mati. Pelbagai cara dan idea yang mereka beri yang akhirnya dimana Kar El memilih secara tidak sengaja ,iaitu cara di Gantung hingga mati yang pada awalnya dia tidak setuju. Keadilan yang tidak adil. Walau pun begitu, sebenarnya nyawa setiap manusia hanyalah Allah yang menentukan. Jika tiba ajal,matilah kita.

"...KUN FA YA KUN..."

Akhir kata,persembahan pada malam itu antara yang terbaik yang pernah kami tonton selama ini. Bagi kami, memang benar,kadang-kadang pilihan memang tiada pilihan. Tahniah diucapkan buat Aura Production!

"...sebuah naskah teater eksperimental yang berjaya! Teruskan lagi berkarya KYM!..."


(sebahagian pelajar-pelajar Dramatis yang hadir)

...PERJUANGAN BELUM SELESAI...

4 comments:

  1. terima kasih semua kerana support kami AURA Production..dan yang buat saya terkejut ada pula gambar saya yang tersesat itu..hahaha...(gambar yang cat hitam putih)

    ReplyDelete
  2. sama-sama.. tahniah kepada Aura.. hehehe.. gambar tu mak yang amik.. style gile la der.. HAHA best2

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ulasan ini. Kami akan berusaha untuk lakukan yang terbaik di masa akan datang. Perbetulkan mana yang tak betul. KAlau ada rezeki kita boleh bergabung adakan produksi nanti.

    ReplyDelete
  4. Sama-sama. Kami pun dapat belajar dari persembahan Gejolak. bergabung adakan produksi? hehehe. InsyaAllah.

    ReplyDelete