DRAMATIS KUALA LUMPUR

DRAMATIS KUALA LUMPUR
Perjuangan Belum Selesai

Monday, March 15, 2010

Teater Jamilah



Teater Jamilah merupakan teater semi-muzikal yang pernah dipentaskan buat pertama kalinya oleh Dramatis Camar Pesona. Walaupun terdapat sedikit kekurangan ataupun jalan cerita yang agak klise , tetapi bagi kami itu bukanlah perkara yang akan mematahkan semangat kami untuk meneruskan persembahan.

Dari segi lakonan , rata-rata pelajar telah melakukan yang terbaik. Mungkin ade beberapa di antara mereka yang kurang memberi persembahan yang baik , walau bagaimanapun persembahan mereka harus lah diberi pujian.

Dari segi teknikal pula baik-baik saja. Tiada kesilapan yang mencacatkan persembahan. Teknik pencahayaan yang digunakan menggambarkan mood setiap babak berjaya dipaparkan. Misalnya , lampu ala-ala disko digunakan untuk menggambarkan suasana nyanyian (60'an).

Persembahan yang berlangsung selama 3 malam itu mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat-peminat teater. Terima Kasih diucapkan pada yang hadir.



Orang kuat di sebalik teater ini ialah Cikgu Rosli Rahman Adam. Beliau yang menggalas tugas sebagai Pengarah Artistik telah menjalankan tugas dengan baik. Walaupun ada kesilapan semasa babak di rumah Engku Bahri yang terguna gelas plastik. Namun kami tidak akan mengulangi kesilapan yang sama di masa yang akan datang. Terima Kasih Cikgu Rosli!



Liza Tan adalah Pengarah teater ini. Beliau sangat tegas pabila berada di dalam sesi latihan. Beliau sentiasa memberi semangat kepada para pelajar supaya tidak putus asa dalam apa jua perkara yang dibuat. Terima Kasih Kak Liza!

Teater Jamilah ini senantiasa akan segar dalam ingatan kami. InsyaAllah. =)

BARISAN PELAKON



HAMIDAH CHE SOH - JAMILAH

Teater Jamilah merupakan teater pertama beliau. Walau pun begitu persembahannya tetap membanggakan bagi seorang yang baru mahu mengenali dunia teater. Semangat dan ketekunan ketika pembelajaran merupakan faktornye.




FALLIQ EFFENDY - MAWI

Beliau seorang yang amat komited dengan watak yang diberikan. Persembahannya sebagai Mawi sangat baik. Walaupun terpaksa menempuh satu dugaan besar sebelum persembahan. Rajin bertanya merupakan faktornya.




FAIZ JALAL - MAWI

Faiz adalah seorang pelajar yang berbakat. Mutu lakonannya mungkin hanya di tahap memuaskan. Tetapi bukan mudah untuk menghayati watak yang romantik dan lebih berusia. Di sini Faiz telah mencuba yang terbaik.



ALIFF ARSAT - BAKAR

Aliff berjaya membawa watak antoganis ini dengan baik. Walaupun Teater ini adalah teater pertama beliau,persembahannya tidak menghampakan Tenaga Pengajar dan rakan-rakan. Ini kerana beliau sentiasa fokus pabila berlatih.



ZAYRUL IQWAN - MAT

Zayrul merupakan sense of humor di dalam keseluruhan persembahan ini. Lakonannya amat baik. Sikap rajin membuat homework berkenaan watak merupakan faktornya.



PUTERI IZAN - GAYAH

Walaupun hanya naik satu malam,tetapi mutu lakonan beliau sebagai ibu yang penyayang berjaya dihayatinya.



SITI ZULAIKHA AZMAN - ENGKU RUBIAH (BIAH)

Lakonan antagonisnya juga turut mendapat pujian. "Gedik" merupakan perkataan utama yang disebut oleh penonton setelah selesai persembahan. Rajin bertanya merupakan faktornya.

p/s: sekadar menyebut beberapa nama. =)

Apa itu Teater?

Teater adalah tempat persembahan - persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenis persembahan teater, antaranya ialah: opera, balet, pantomim dan wayang kulit.



Selain itu, menurut Prof. Datin. Dr. Rahmah Hj Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu pula ialah teater adalah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya.

Manifestasi Teater Malaysia 2010


Berikut merupakan kumpulan yang layak ke Manifestasi Teater Malaysia 2010, dulunya dikenali sebagai Festival Teater Malaysia.

Kategori Monolog

Aura Production, Melaka, Teater 'Denyut'
Kelab Kilat TNB, Kuala Lumpur, Teater 'Kemarau Musim Tengkujuh'
Sekenet, Perlis, Teater 'Anak Kecil Main Api'
Fitri Nadianti Zulaidy, Perak, Teater 'Nur Iskandar'
Yayasan Pelajaran Johor, Johor, Teater 'Lubang Neraka'

Kategori Teater Kanak-kanak

Beringin Entertainment, Kuala Lumpur, Teater 'Beringin Merah'
Sekolah Kebangsaan Merbau, Kelantan, Teater 'Pesona Mimpi'
Persatuan Seni Budaya Warisan Jemari, Pulau Pinang, Kisah Si Semut

Kategori NGO/IPT

Kiranan Teater Production, Pahang, Teater 'Detik'
Aura Production, Melaka, Teater 'Gelojak'
Akrab, Kedah, Teater 'Asy-Syura'
Aspek, Kelantan, Teater 'Megho'
Grup Teater Gerak Seni, Johor, Teater 'Walinung Sari'
Bakawalee Penang, Pulau Pinang, Teater 'Dusta Pada Skala 1 Hingga 10'

Tahniah! Dan selamat berjuang!
Majulah Teater Untuk Negare!

Teater Penunggu Pusaka (Kanak-Kanak)



Ini merupakan teater yang di arahkan oleh pelajar kami iaitu Zayrul Iqwan dan Rifqah Syafiqah. Mereka bergabung tenaga dalam membentuk sebuah pementasan teater oleh kanak-kanak.

Memang ianya agak mencabar untuk mengarahkan kanak-kanak,tetap itu adalah sebagai pembelajaran buat mereka untuk menjadi pengarah untuk teater yang lain pula. Yang paling penting ialah Kanak-kanak adalah Pelakon yang Paling Ikhlas.

Pada hari persembahan, sambutan oleh orang awam yang meminati teater mahupun tidak amat menggalakkan. Lakonan yang dipersembahkan juga agak baik oleh para pelakon clik Dramatis. Kedua0dua pengarahnya turut mengambil bahagian dalam teater ini demi memperkasakan isi kandungannya.

Tahniah buat mereka yang menjayakan teater ini.

Teater Si Bongkok Tanjung Puteri


Teater Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shaharom Hussain ini merupakan teater atau manifestasi kedua yang dipersembahkan oleh Dramatis Camar Pesona. Teater yang bergenre Purbawara. Teater ini amat mencabar buat pelajar-pelajar sesi baru pada masa itu kerana ia memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Ertinya mereka yang perlu bersilat haruslah bersedia dengan langkah silat yang akan mereka praktikkan dan juga cara pembelajaran yang agak susah.

Walaupun begitu,berkat usaha dan kesungguhan untuk mempelajari ilmu teater serta mendalami watak masing-masing telah membuatkan persembahan pada kedua-dua malam itu berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada anda semua!

Pada hari persembahan,penonton yang hadir memang memberansangkan. Sokongan dari kumpulan teater lain juga amatlah dihargai. Selain itu,para pelajar juga telah dapat memperoleh sesuatu yang baru dalam dunia teater ini selain genre kontemporari yang pernah dilakukan sebelum ini iaitu Kontemporari.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pelajar yang melibatkan diri dalam persembahan ini. Perjuangan Belum Selesai!

Selepas Festival Teater 2007

Selepas Festival Teater Kuala Lumpur 2007 itu kami tidak lah terlalu mengharapkan kemenangan sebaliknya hanya mementingkan pengalaman. Dramatis Camar Pesona baru sahaja mencipta nama di persada teater,bagi kami cukuplah sekadar dapat memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir pada malam persembahan itu sudah memadai.

Memang diakui sedikit sebanyak pengalaman pahit dan manis ketika pembelajaran naskah Kursi karya Marzuki Ali itu sukar kami lupakan. Bak kata Cikgu Rosli "Kursi ni first baby Dramatis,buatlah sebaik mungkin,tunjukkan yang kamu boleh!"

Alhamdulillah semasa Hari Penyampaian Hadiah kami telah difinaliskan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik oleh pelajar kami yang berbakat dan baru sahaja berusia 14 tahun iaitu Zayrul Iqwan yang memikul watak Orang Ketiga (Askar Gila) walaupun tidak memenanginya.

Ia merupakan pengalam indah bagi Dramatis. Kami tidak boleh melupakannya. Ianya tetap akan segar dalam ingatan kami. Tetapi yang penting,yang lepas biarkan ia berlalu,kami tetap akan meneruskan perjuangan,kerana PERJUANGAN BELUM SELESAI!

Teater Kursi



Teater Kursi merupakan teater pertama bagi Dramatis Camar Pesona. Ia dipentaskan pada tanggal 29 Julai 2007 semasa dalam sebuah pertandingan iaitu Festival Teater Kuala Lumpur 2007. Teater Kursi mungkin adalah yang terbaik pernah di arah oleh Liza Tan.

Kami berhempas pulas berlatih demi berjuang secara sihat bersama-sama 16 kumpulan lain di dalam pertandingan itu. Sehingga kami pernah berlatih dari pukul 1 pm hingga 3 am,ini kerana para pelajar yang meminta untuk meng'extend' masa supaya mereka dapat memberikan impak yang besar dan persembahan yang menarik kelak.

Rata-rata di kalangan mereka adalah pertama kali menjejakkan kaki ke dunia teater. Walau bagaimanapun berkat komitmen dan kesungguhan yang ditonjolkan kami telah berjaya di finaliskan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik walaupun tidak memenanginya. Pelajar yang tercalon tersebut ialah Zayrul Iqwan. Kami amat berbangga kerana beliau baru berumur 14 tahun ketika itu dan berjaya bersaing bersama-sama mereka yang berada di IPTA dan memang fully aktivis teater.

(pelakon utama Kursi, Mazni Khan,Shah Hashim,Zayrul Iqwan & Sani Saidin)

Ini adalah para pelakon utama yang harus menggerakkan mesej yang ada dalam naskah Kursi karya Marzuki Ali. Ini merupakan cabaran buat mereka kerana skrip yang diberikan bukanlah bergenrekan Realisme tetapi Kontemporari,yang memerlukan kupasan ataupun galian yang mendalam dalam setiap dialog yang dilontarkan termasuk olah tubuh yang di gerakkan.

Pada hari persembahan kami,kami semua memang rasa amat berdebar kerana risau akan berlaku kesilapan besar. Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa yang buruk. Lakonan mereka juga amat baik. Mungkin tiada rezeki buat kami untuk mewakili Kuala Lumpur ketika itu. Bukan itu sahaja , dari segi teknikal juga amat baik.

Walau bagaimanapun, tahniah kepada mereka yang terlibat dengan semua pelajar yang menyertai Festival Teater KL tersebut. Perjuangan Belum Selesai.