DRAMATIS KUALA LUMPUR

DRAMATIS KUALA LUMPUR
Perjuangan Belum Selesai

Monday, March 15, 2010

Teater Kursi



Teater Kursi merupakan teater pertama bagi Dramatis Camar Pesona. Ia dipentaskan pada tanggal 29 Julai 2007 semasa dalam sebuah pertandingan iaitu Festival Teater Kuala Lumpur 2007. Teater Kursi mungkin adalah yang terbaik pernah di arah oleh Liza Tan.

Kami berhempas pulas berlatih demi berjuang secara sihat bersama-sama 16 kumpulan lain di dalam pertandingan itu. Sehingga kami pernah berlatih dari pukul 1 pm hingga 3 am,ini kerana para pelajar yang meminta untuk meng'extend' masa supaya mereka dapat memberikan impak yang besar dan persembahan yang menarik kelak.

Rata-rata di kalangan mereka adalah pertama kali menjejakkan kaki ke dunia teater. Walau bagaimanapun berkat komitmen dan kesungguhan yang ditonjolkan kami telah berjaya di finaliskan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik walaupun tidak memenanginya. Pelajar yang tercalon tersebut ialah Zayrul Iqwan. Kami amat berbangga kerana beliau baru berumur 14 tahun ketika itu dan berjaya bersaing bersama-sama mereka yang berada di IPTA dan memang fully aktivis teater.

(pelakon utama Kursi, Mazni Khan,Shah Hashim,Zayrul Iqwan & Sani Saidin)

Ini adalah para pelakon utama yang harus menggerakkan mesej yang ada dalam naskah Kursi karya Marzuki Ali. Ini merupakan cabaran buat mereka kerana skrip yang diberikan bukanlah bergenrekan Realisme tetapi Kontemporari,yang memerlukan kupasan ataupun galian yang mendalam dalam setiap dialog yang dilontarkan termasuk olah tubuh yang di gerakkan.

Pada hari persembahan kami,kami semua memang rasa amat berdebar kerana risau akan berlaku kesilapan besar. Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa yang buruk. Lakonan mereka juga amat baik. Mungkin tiada rezeki buat kami untuk mewakili Kuala Lumpur ketika itu. Bukan itu sahaja , dari segi teknikal juga amat baik.

Walau bagaimanapun, tahniah kepada mereka yang terlibat dengan semua pelajar yang menyertai Festival Teater KL tersebut. Perjuangan Belum Selesai.

No comments:

Post a Comment