DRAMATIS KUALA LUMPUR

DRAMATIS KUALA LUMPUR
Perjuangan Belum Selesai

Sunday, March 21, 2010

Ujibakat Drama Radio RTM 2010



Pada tanggal 20 Mac 2010 kami Dramatis Camar Pesona telah menghantar pelajar-pelajar kami untuk menghadiri ujibakat drama radio RTM 2010. Ini bagi menambah pengalaman dan ilmu mereka terhadap drama radio yang memerlukan daya imaginasi dan intonasi serta penghayatan yang baik bagi memahamkan para pendengar radio.

Sememangnya ianya sangat mencabar bagi mereka yang masih setahun jagung,tetap biarlah susah dahulu senang kemudian. Mungkin ada diantara mereka terbawa-bawa cara teater dengan lontaran vokal yang tinggi,tetapi sebenarnya itu tidak diperlukan sama sekali.

Mereka telah mencuba sebaik mungkin jadi ucapan Tahniah dan Terima Kasih kepada pelajar yang mengikuti atau menghadiri ujibakat tersebut. Memang ramai bakat baru yang menghadiri pada sesi ujibakat pada hari itu.


( sham, min, ilani, eyra, wani, zack, zambri, zayrul )

Bimbingan dan tunjuk ajar dari Cikgu Rosli amatlah dihargai. Harapnya para pelajar tidak mensia-siakan ilmu yang diberi. Kami tidak terlalu mengharap agar semua pelajar kami terpilih untuk menjadi pelakon drama radio kerana kami tahu bahawa kemampuan pelajar kami mungkin masih belum berada di tahap yang terbaik.

Walau bagaimanapun, hari Sabtu itu merupakan hari yang amat menyeronokkan buat Dramatis kerana kami berkumpul di Camar Pesona Sdn. Bhd seawal 8.30 pagi dan kemudian pergi bersarapan beramai-ramai. Sememangnya kerjasama di antara mereka sangat bagus! Ia tetap segar di ingatan Dramatis. Di harapkan supaya pelajar akan bersikap sebegini rupa untuk aktiviti yang akan mendatang.

Kesimpulan dari ujibakat Drama Radio,pihak tenaga pengajar akan memberi tunjuk ajar dan sedikit tips untuk mengatasi cabaran yang ada pada drama radio insyaAllah satu hari nanti kelak. Jangan putus asa kerana Perjuangan Kita Belum Selesai!

p/s : rajin-rajin datang kelas asas (Liza Tan)

No comments:

Post a Comment