DRAMATIS KUALA LUMPUR

DRAMATIS KUALA LUMPUR
Perjuangan Belum Selesai

Sunday, April 25, 2010

Teater "Rumah Lama Kampung Baru"


Pada 24 April 2010 Dramatis Camar Pesona telah pergi menonton teater "Rumah Lama Kampung Baru" anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Teater ini diarahkan oleh Marlenny Deenerwan.

Persembahan pada malam itu sangat memuaskan. Terutamanya dari segi lakonan para pelakon yang menjayakan watak masing-masing. Unsur humor yang ditonjolkan juga berkesan membuatkan penonton geli hati dan tak kering gusi.

Watak Mak Raya yang dilakonkan oleh Ismaliza juga sangat baik. Cara berjalan dan berdialog sebagai seorang yang berumur berjaya di sempurnakan. Begitu juga watak Pak Hasan yang dilakonkan oleh Mohd.Raduan. Tidak lupa juga kepada Mohd.Ridzuan yang memegang watak Zulkifli yang agak kurang ajar ataupun angkuh. Begitu juga Ahmad Iswazir yang memegang watak Budin yang membawa unsur komedi semasa pementasan. Tahniah kepada mereka. Tetapi bukanlah bermakna yang lain-lain tidak bagus,mereka juga berjaya membawa karakter mereka dengan baik.

Selain daripada itu,set & prop yang digunakan sangat memuaskan dan betul-betul menggambarkan suasana Kampung Baru. Pengarah bijak menggunakan kelebihan yang ada pada Panggung Bandaraya KL itu seperti tingkat kedua yang digunakan sebagai flat tingkat dua.

Teater yang bergenre realisme memaparkan tentang asam garam kehidupan masyarakat yang tinggal di Kampung Baru yang mempunyai banyak konflik di antara satu sama lain. Di permulaan cerita,ia mengisahkan tentang karenah-karenah para penduduk di Kampung Baru itu. Ia menjadi menarik setelah Zul muncul untuk meminta geran tanah pusaka dari kakaknya Mak Raya. Dari situ bermulalah konflik perebutan tanah pusaka oleh Zul yang ingin meruntuhkan Kampung Baru demi memenuhi kehendaknya sendiri iaitu membina rumah untuk dirinya. Ini membuatkan Pak Hasan dan seluruh penduduk menjadi risau. Akhir cerita usaha Zul terbatas. Akhirnya Kampung Baru kekal seperti dahulu kala hanya karenah penduduk saja yang masih tidak berubah. Sebuah naskah yang menarik untuk ditonton.

(antara babak menarik persembahan pada malam itu)

Bagi Dramatis ia sebuah pengalaman yang berguna buat kami untuk menambah ilmu pengetahuan tentang teater. Kami sentiasa memberi sokongan kepada kumpulan-kumpulan teater yang menjayakan persembahan di mana sahaja. Pada malam itu sambutan persembahan amat menggalakkan. Kami juga berpeluang bertemu dengan pengarah teater ini iaitu Marlenny Deenerwan.

(sebahagian pelajar yang hadir menonton teater ini bersama Cikgu Rosli)

Selain itu,ia juga satu pelajaran yang berguna buat para pelajar kami dalam mengenal erti lakon yang baik. Ingatlah pelajar-pelajar sekalian,PERJUANGAN BELUM SELESAI!

Thursday, April 22, 2010

SEDUTAN TEATER "KURSI"

Ini merupakan sedikit sedutan dari Teater Kursi karya Marzuki Ali dan arahan Liza Tan pada tahun 2007 untuk Festival Teater Kuala Lumpur 2007. Selain itu,ini juga adalah persembahan teater pertama Dramatis Camar Pesona.

ORANG PERTAMA : MAZNI KHAN
ORANG KEDUA : SHAH HASHIM
ORANG KETIGA : ZAYRUL IQWAN ROSLI
ORANG KEEMPAT : SANI SAIDIN

Sunday, April 4, 2010

MENONTON MANIFESTASI TEATER "DETIK"




Pada 3 April 2010 , Dramatis Camar Pesona telah pergi menonton Teater Detik anjuran Kirana Theatre Production di Taman Budaya Kuala Lumpur. Bagi kami ia merupakan salah satu aktiviti yang sangat berguna buat kami dan pelajar-pelajar. Ini kerana kami dapat mempelajari teknik seni lakon dan juga unsur teaterikal yang di tonjolkan dalam teater Detik ini yang telah di nobatkan Johan Festival Teater Pahang. Cerita ini berkonsepkan genre Kontemporari.

Persembahan pada malam itu sangat menarik,baik dan juga beremosi. Ia berkisarkan tentang penipuan dan penindasan yang semakin berleluasa di dunia ini. Manusia yang tak bersalah dikatakan bersalah,dan yang tak bersalah terus bernafas lega. Ianya satu pengadilan yang tidak adil. Teater ini tidaklah terlalu sukar untuk difahami. Ianya lebih banyak mempersoalkan tentang Undang-undang. Menimbulkan pertanyaan siapa yang patutnya memberi hukuman. Adakah Manusia atau Tuhan?

Walau bagaimanapun kami tidak akan mensia-siakan pengalaman yang baik dari teater ini. Baik dari segi lakonan,teknikal dan juga unsur artistik yang di persembahkan. Selain itu, penonton yang hadir agak memberansangkan.

Kami amat menghargai penyertaan para pelajar yang pergi menonton teater tersebut. Ini juga sebahagian dari kaedah pembelajaran yang dinamakan "belajar pandang" ataupun "watch & learn".



(sebahagian dari pelajar Dramatis yang hadir ke pementasan teater Detik)


(Encik Hasmadi dan Cikgu Rosli)






(makan-makan sebelum menonton teater Detik)


(Kak Liza & Cikgu Rosli)



(pelajar-pelajar semasa berada di dalam Auditorium)


"Undang2 yang terbina kononnya untuk menyekat salahlaku, tapi sejauh mana ia mampu menegakkan kebenaran? adakah undang2 itu melindungi atau menghukum manusia? Siapa yang menentukan hukuman? Manusia atau Tuhan?"


Akhir kata dari kami , Perjuangan Belum Selesai!

Saturday, April 3, 2010

JADUAL MANIFESTASI TEATER MALAYSIA 2010

TEATER NGO/IPT

Teater : DETIK
Negeri : PAHANG
Anjuran : KIRANA THEATRE PRODUCTION
Tarikh : 3 & 4 APRIL
Tempat : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL


Teater : ASY-SYURAH
Negeri : KEDAH
Anjuran : AKRAB
Tarikh : 29 & 30 APRIL
Tempat : PANGGUNG BANDARAYA KL

Teater : GEJOLAK
Negeri : MELAKA
Anjuran : AURA PRODUCTION
Tarikh : 22 & 23 MEI
Tempat : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL

Teater : WALINONG SARI
Negeri : JOHOR
Anjuran
: GRUP TEATER GERAK SENI
Tarikh
: 29 & 30 SEPTEMBER
Tempat : PANGGUNG BANDARAYA KL

Teater : DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10
Negeri : PULAU PINANG
Anjuran : BAKAWALEE PENANG
Tarikh : 16 & 17 OKTOBER
Tempat : PANGGUNG BANDARAYA KL

Teater : MEIGHO
Negeri : KELANTAN
Anjuran : TEATER ASPEK
Tarikh : 18 - 19 OKTOBER
Tempat : PANGGUNG BANDARAYA KL


TEATER MONOLOG

Teater : DENYUT
Negeri : MELAKA
Anjuran : AURA PRODUCTION
Tarikh : 1 & 2 MEI
Tempat : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL

Teater : NUR ISANDRA
Negeri : PERAK
Anjuran : PERSATUAN KARYAWAN PERAK
Tarikh : 12 & 13 JUN
Tempat : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL

Teater : LUBANG NERAKA
Negeri : JOHOR
Anjuran : YAYASAN PELAJARAN JOHOR
Tarikh : 19 & 20 JUN
Tempat : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL

Teater : ANAK KECIL MAIN API
Negeri : PERLIS
Anjuran : SEKENET
Tarikh : 3 & 4 JULAI
Tempat : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL

Teater : KEMARAU MUSIM TENGKUJUH
Negeri : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Anjuran : KELAB KILAT TNB
Tarikh : 2 & 3 OKTOBER
Tempat : AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL


Semua di atas merupakan jadual Manifestasi Teater Malaysia 2010. Di Harapkan anda dapat memberi sokongan terhadap Manifestasi Teater Malaysia 2010 ini. Majulah Teater Untuk Negara!

Sunday, March 21, 2010

Ujibakat Drama Radio RTM 2010



Pada tanggal 20 Mac 2010 kami Dramatis Camar Pesona telah menghantar pelajar-pelajar kami untuk menghadiri ujibakat drama radio RTM 2010. Ini bagi menambah pengalaman dan ilmu mereka terhadap drama radio yang memerlukan daya imaginasi dan intonasi serta penghayatan yang baik bagi memahamkan para pendengar radio.

Sememangnya ianya sangat mencabar bagi mereka yang masih setahun jagung,tetap biarlah susah dahulu senang kemudian. Mungkin ada diantara mereka terbawa-bawa cara teater dengan lontaran vokal yang tinggi,tetapi sebenarnya itu tidak diperlukan sama sekali.

Mereka telah mencuba sebaik mungkin jadi ucapan Tahniah dan Terima Kasih kepada pelajar yang mengikuti atau menghadiri ujibakat tersebut. Memang ramai bakat baru yang menghadiri pada sesi ujibakat pada hari itu.


( sham, min, ilani, eyra, wani, zack, zambri, zayrul )

Bimbingan dan tunjuk ajar dari Cikgu Rosli amatlah dihargai. Harapnya para pelajar tidak mensia-siakan ilmu yang diberi. Kami tidak terlalu mengharap agar semua pelajar kami terpilih untuk menjadi pelakon drama radio kerana kami tahu bahawa kemampuan pelajar kami mungkin masih belum berada di tahap yang terbaik.

Walau bagaimanapun, hari Sabtu itu merupakan hari yang amat menyeronokkan buat Dramatis kerana kami berkumpul di Camar Pesona Sdn. Bhd seawal 8.30 pagi dan kemudian pergi bersarapan beramai-ramai. Sememangnya kerjasama di antara mereka sangat bagus! Ia tetap segar di ingatan Dramatis. Di harapkan supaya pelajar akan bersikap sebegini rupa untuk aktiviti yang akan mendatang.

Kesimpulan dari ujibakat Drama Radio,pihak tenaga pengajar akan memberi tunjuk ajar dan sedikit tips untuk mengatasi cabaran yang ada pada drama radio insyaAllah satu hari nanti kelak. Jangan putus asa kerana Perjuangan Kita Belum Selesai!

p/s : rajin-rajin datang kelas asas (Liza Tan)

Saturday, March 20, 2010

DRAMATIS CAMAR PESONA 2010



Ini sebahagian dari pelajar untuk sesi 2010. Rata-rata dari kalangan mereka memang ingin mengenali ilmu lakonan. Mungkin ada diantara mereka memang "zero" tentang lakonan,tetapi itulah cabaran yang harus ditempuhi oleh tanaga pengajar untuk mendidik anak buahnya dan ingin melihat mereka berjaya satu hari nanti sebagai pelakon.

Kesungguhan dan usaha mereka amatlah dihargai oleh pihak Dramatis Camar Pesona. Semangat dan kerjasama antara mereka juga adalah amat penting. Setakat ini mereka sudah pun mengenali antara satu sama lain.

Berikut adalah senarai pelajar pada sesi 2010 ini ;




NAMA PENUH : SHARIFAH ZULIA BALQISH BINTI SYED AGIL
NAMA PANGGILAN : BALQISH
"..ingin belajar ilmu teater.."




NAMA PENUH : NUR ILANI BINTI KHALID
NAMA PANGGILAN : ILANI
PELAKON KEGEMARAN : VANIDA IMRAN
"..meningkatkan mutu lakonan saya dan minat terhadap dunia lakonan.."



NAMA PENUH : NASHMIN SHAH BIN MAZLAN
NAMA PANGGILAN : MIN @ M.OSMAN
"..nak memperbaiki mutu lakonan supaya lebih berkualiti.."




NAMA PENUH : NUR NADIRAH BINTI SAMSOL AKMAR
NAMA PANGGILAN : IERA
PELAKON KEGEMARAN : SCHA AL-YAHYA
"..salah satu usaha kerana minat yang mendalam terhadap dunia seni.."



NAMA PENUH : FAZLINA BINTI JASNI
NAMA PANGGILAN : FAZ
"..ingin mempelajari kaedah-kaedah teater dari segi lakonan dan juga belakang tabir.."



NAMA PENUH : NUR SYAKIRAH BINTI AZMAN
NAMA PANGGILAN : KYRA @ ROSE
PELAKON KEGEMARAN : NASHA AZIZ
"..minat dan juga mahu mempeljari untuk menjadi pelakon yang verstail.."



NAMA PENUH : ABU ZAR BIN MUHD RADZALI
NAMA PANGGILAN : ZACK @ DOLAH DAGANG
PELAKON KEGEMARAN : AWAL ASHAARI
"..ingin memajukan lagi bakat lakonan dan ingin mencari pengalaman lebih mendalam lagi.."



NAMA PENUH : AHMAD TARMIZI BIN YUSOF
NAMA PANGGILAN : MIZI @ WAHID SATAY
PELAKON KEGEMARAN : P.RAMLEE & NOORDIN AHMAD
"..untuk mengasah bakat dan belajar seni lakon.."



NAMA PENUH : NORSYAZWANI BINTI ADNI
NAMA PANGGILAN : WANI @ ZAITON FIJI
PELAKON KEGEMARAN : ERRA FAZIRA
"..berminat dengan seni lakon dan ingin menambah pengalaman dalam industri seni ini.."



NAMA PENUH : NURUL SYUHAIDA BINTI KHAIRUDDIN
NAMA PANGGILAN : WADA @ S.ZAMILAH
PELAKON KEGEMARAN : P.RAMLEE & FARID KAMIL
"..berminat dalam dunia seni lakonan dan ingin menjadi seorang pelakon yang berilmu.."



NAMA PENUH : AZIAN BINTI TALIB
NAMA PANGGILAN : YAN
"..berminat dan ingin mencuba di bidang lakonan.."



NAMA PENUH : MOHD. ZAMRI BIN KHALIP
NAMA PANGGILAN : ZAM
"..ingin mempelajari cara-cara dan ilmu lakonan.."



NAMA PENUH : NORSHAFAZIL BIN SHAHUDIN
NAMA PANGGILAN : FAZIL @ AHMAD C
PELAKON KEGEMMARAN : ROSYAM NOR
"..ingin mempelajari ilmu lakonan dan menjadi seorang pelakon yang berilmu.."



NAMA PENUH : MOHD. HILMI BIN MUSTAPA
NAMA PANGGILAN : AMIE
PELAKON KEGEMARAN : FIZZ FAIRUZ
"..ingin menambah pengetahuan dalam seni lakonan.."

p/s : dan juga beberapa pelajar sesi yang lalu yang masih meneruskan pembelajaran.(Liza Tan)

Thursday, March 18, 2010

Teater Jebat (Festival Teater KL 2009)

Walaupun Festival Teater KL 2009 dah lama berlalu , tetapi ia tetap segar dalam ingatan Dramatis kerana pelbagai halangan yang terpaksa ditempuh sebelum ke hari persembahan. Jadi ini sedikit cerita tentang "Jebat" karya Hatta Azad Khan yang diangkat ke Festival Teater Kuala Lumpur 2009.



"......Dengar ceritaku Tuah,bila aku menduduki tempat ini dan menguasai sepenuhnya,menghalau semua yang ku benci keluar dari tempat ini,mereka menjadi amat marah Tuah,mereka mahu mengusir aku pula! Tapi xseorang pun yang berani. Lalu mereka kumpulkan anjing-anjing ,dan pd setiap senja mereka dtg menyalak-nyalakkan diriku! menakut-nakutkan aku! Tapi aku xmelayan salak anjing. Akhirnya mereka pulang kehausan! apakah kau juga seekor ANJING yg menerima tugas itu TUAH??......"


Teater Jebat ini mungkin bukan yang terbaik yang pernah di pentaskan oleh Dramatis Camar Pesona. Persembahan kami untuk Festival Teater 2009 ini tidak lah sehebat ketika kami menyertai pertandingan yang same pada 2007,tetapi masing-masing mempunyi kelebihan yang tersendiri. "KURSI" dan "JEBAT" adalah dua naskah yang berbeza yang juga diciptakan oleh pengarang yang berbeza.

Kumpulan yang menyertai Festival Teater tahun 2009 agak menurun berbanding 2007 yang disertai 17 buah kumpulan manakala 2009 hanya 8 kumpulan. Namun itu bukannya penghalang buat Dramatis Camar Pesona untuk tarik diri atau sebagainya. Kami juga berbangga dapat bersama-sama bertanding dengan kumpulan yang lebih senior,salah satunya ialah Mekar Budaya.

Jebat sebuah naskah yang mungkin simple,tetapi pengisian yang perlu ada terlalu lah sukar buat kami yang masih setahun jagung untuk memahami erti kontemporari & absurd ini.

HARI PERSEMBAHAN

Sebelum bermulanya persembahan,kami semua memang berdebar. Ini kerana boleh dikatakan 85% dalam kalangan kami tidak sihat. Tapi ape yang boleh kami buat, show must go on.

Semasa persembahan mungkin kami telah melakukan beberapa kesilapan kecil,ada juga babak yang drag. Tetapi itu adatlah,tidak akan ada satu persembahan yang perfect pun.

Setelah selesai persembahan,aku dan rakan-rakan berasa puas serta sedih. Puas kerana kami berjaya membuat persembahan dengan jayanya walaupun not fully recovered , yelah,tak berapa sihat semuanya. Sedih sebab "Jebat" akan meninggalkan kami.

Bagaimanapun,terima kasih kepada team Teater dari Melaka yang diketuai Kefri kerana sanggup datang dari Melaka untuk memberi sokongan moral kepada kami semua. Lebih 30 orang yang hadir rasanya.


( Ini dia orang-orang Melaka yang hadir pada hari itu . Thankie u all! )

HARI PENYAMPAIAN HADIAH

Tibalah hari yang di nanti-nantikan oleh semua kumpulan teater iaitu,Hari Penyampaian Hadiah Festival Teater 2009. Sebelum di umukan para pemenangnya,kami semua dihiburkan dengan persembahan Muzik,Nyanyian,Tarian 1 Malaysia dan Persembahan "Boneka".

Kini tibalah detik yang ditunggu-tunggu. Ulasan dari panel juri didahulukan sebelum penyampaian hadiah. Walau bagaimanapun,kumpulan kami tidak bernasib baik pada tahun ini,tiada seorang pun yang berjaya memenangi anugerah,hanya seorang sahaja yang berjaya di finalis kan. Iaitu,Puteri Izan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.


(Semasa penyampaian Hadiah Saguhati)

BARISAN PELAKON



ZAYRUL IQWAN ROSLI - JEBAT,ORANG KAYA 3,LELAKI & LELAKI 3

Memegang 4 watak bukan lah sesuatu yang mudah. Tetapi sikap ingin tahu dan ingin mencuba serta membuat kajian menybabkan beliau mampu membezakan setiap watak yang didukungnya. Ada juga babak di mana Zayrul terlalu beremosi atau dengan kata yang mudah menyebabkan sedikit drag. Pada malam persembahan, lakonan nya berada di tahap baik.




ALIFF ARSAT - HANG TUAH & ORANG KAYA

Aliff memegang 2 peranan dalam teater ini. Perbezaan watak yang dilakukan jelas. Ini merupakan teater ke-2 selepas Jamilah. Ada yang berkata lakonan Tuah nya agak sama dengan Bakar dalam teater Jamilah. Ini mungkin kerana olah tubuhnya yang agak keras. Walau bagaimanapun, lakonannya agak baik juga semasa persembahan.



PUTERI IZAN - PENCERITA

Beliau lah satu-satunya pelakon Dramatis Camar Pesona yang di finalis kan pada tahun ini setelah Zayrul Iqwan pada 2007 yang lalu. Watak beliau agak menonjol berbanding yang lain,beliau memiliki sense of humor yang tinggi dan berjaya menawan hati audiens. Lakonanya mantap!



FAIZ JALAL - DATUK BENDAHARA,PENGAMUK & PEMUDA 1

Lakonannya menunjukkan peningkatan setelah teater Jamilah. Namun demikian, Faiz juga membuat beberapa kesilapan yang agak ketara semasa persembahan. Ada yang keliru adakah Datuk Bendahara dan Pengamuk orang yang sama?. Semestinya TIDAK. Walau bagaimanapun, Faiz telah memberikan persembahan mutu lakonan yang memuaskan.




BEEJAY RAZRIE LEONG - SULTAN MELAKA

Lakonannya semasa persembahan jauh lebih bagus dari latihan. Ini mungkin kerana semangat dan penjiwaan watak yang tinggi. Ini merupakan teater pertamanya. Lakonannya berada di tahap yang boleh di banggakan.




HAMIDAH CHE SOH - DANG WANGI & PEREMPUAN

Kedua-dua watak yang dilakonkan oleh Hamidah sangat berlainan. Dang Wangi seorang yang lemah-lembut dan beremosi. Manakala watak Perempuan seorang yang agresif,di mana dalam satu babak Hamidah bersilat dari awal hingga ke akhir. Lakonan yang berkualiti.



WAN ASRAF HUSSIN - SUARA,ORANG KAYA 1 & 2,LELAKI 1 & 2

Wan merupakan watak yang menambahkan unsur komedi di dalam persembahan ini. Perwatakan Orang Kaya yang dengki akan Tuah mungkin kurang jelas,bukannya bermaksud Wan gagal tetapi kurang berkesan. Namun demikian, lakonan Wan harus diberi pujian.



JUWITA ROSLI - PEMUDI 2

Juwita adalah peserta paling muda dalam kategori NGO/IPT. Lakonannya pada masa persembahan sangat baik. Kelancaran berdialog setaraf dengan rakan lakonnya yakni peserta yang lain juga. Tahniah!

DI BANTU OLEH

FAZLEEN IZZATI
BOB ADAM
UMMI NADRAH
SITI NOORAISAH
NUR AFIKAH
DANIAL AFIQ
ARUMI MIRZA


DI-SEBALIK TABIR

PENGARAH : LIZA TAN
PENGARAH ARTISTIK : ROSLI RAHMAN ADAM
PEN.PENGARAH : ALIFF ARSAT
STAGE MANAGER : PUTERI IZAN
PEN.STAGE MANAGER : WAN ASRAF HUSSIN
PENATA CAHAYA : MIOR SHAHRUL
PENATA AUDIO : ATAN RAHMAN
SET & PROPS : FAIZ & BEEJAY
TATARIAS : HAMIDAH & BOB
KEBAJIKAN : ECAH & ABBY JASNINA
PAMERAN : OOME & KEWAN
JURUGEGAS : AIDIL EDER
KREW : DRAMATIS CAMAR PESONA



by Tenaga Pengajar Dramatis Camar Pesona